SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya ialah SARA yang merupakan bantuan di bawah program MyKasih yang bernilai RM1,200 khusus untuk isi rumah yang berpendapatan rendah dan menerima Bantuan STR berstatus miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara my kasih rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BAKUL MAKAN RM1200 : SEMAK SEKARANG

APAKAH KELAYAKAN BANTUAN SARA MY KASIH RM1200

Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah khas untuk yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024

Jumlah penerima bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM1,200 telah dinaikkan seramai 700,000 penerima berbanding sebelum ini hanya 210,000 penerima sahaja dengan nilai RM600 bagi tahun 2023. Namun kadar bantuan bagi tahun 2024 telah dinaikkan dan diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima.

BILAKAH BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024 AKAN DIKREDITKAN

Bantuan SARA My Kasih yang bernilai RM1,200 akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima secara ansur selama tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan bermula pada bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan sehingga bulan Disember 2024.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 2024

Ikuti cara semakan bantuan SARA RM1,200 di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment