DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

Manfaat daripada bantuan ini akan dirasai oleh 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan untuk membantu ketua-ketua keluarga.

Bagaimanakah daftar bantuan ewallet rm300 sebulan untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN : MOHON SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Pemohon hendak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh melalui Bantuan E-Wallet ini :

  • E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (scan e-Wallet);
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS :

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Ubat-ubatan
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang (Bayi / dewasa)
  • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  • Barangan persekolahan (Kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya)
  • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut merupakan cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan :

  1. Kunjungi kedai / pasaraya yang tersenarai di bawah program ini (Rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli berdasarkan senarai di atas.
  3. Juruwang akan mengimbas ID penerima di Aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih berdasarkan senarai barang yang diluluskan.
  5. Buka aplikasi Wavpay e-Wallet untuk pembayaran.
  6. Tekan [PAY] dan pilih akaun BINGKAS.
  7. Masukkan 6 digit PIN untuk pengesahan dan aktifkan kod QR.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti panduan pendaftaran Bantuan e-Wallet di Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Tekan butang [X] dan isikan maklumat anda dengan betul dan lengkap.
  3. Klik butang [Teruskan].
  4. Isikan borang maklumat pendapatan dan tekan butang [Teruskan].
  5. Seterusnya, isikan maklumat anak dengan menekan butang [Tambah anak] untuk simpan rekod dan tekan butang [Teruskan].
  6. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  7. Kemudian, tekan butang [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi dan diperlukan.
  8. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  9. Klik [Hantar].
  10. ‘Pendaftaran anda telah berjaya! Nantikan makluman pengesahan anda’.
  11. Selesai.

Nota : Hanya perlu memasukkan maklumat anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran / permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Nota : Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/

2 thoughts on “DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment