BANTUAN BARANG DAPUR 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN BARANG DAPUR 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Pada tahun lepas, pemberian bantuan barang dapur adalah terhad kepada golongan miskin tegar sahaja. Namun, Kerajaan telah memperluaskan pemberian bantuan barang dapur kepada lebih ramai penerima termasuk golongan miskin dan golongan asas bukan miskin atau miskin tegar.

Bagaimanakah semak status bantuan barang dapur? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN LAPTOP PERCUMA : CHECK SEKARANG

KADAR PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR

Berikut merupakan kadar penerima mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti di bawah :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUANKADAR
PENERIMA
Miskin Tegari. Isi Rumah berpasangan /
ibu bapa tunggal yang
mempunyai anak : RM1,200.
ii. Warga Emas : RM1,200.
iii. Bujang : RM600.
0.2j
Miskin eKasihi. Isi Rumah berpasangan /
ibu bapa tunggal yang
mempunyai anak : RM1,200.
ii. Warga Emas : RM1,200.
iii. Bujang : RM600.
0.5j
Asas STR (Bukan Miskin /
Miskin Tegar)
i. Isi Rumah berpasangan /
ibu bapa tunggal yang
mempunyai anak : RM300.
ii. Warga Emas : RM150.
iii. Bujang : RM150.
8.0j

CARA PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR

Akan disalurkan ke dalam MyKad penerima RM50 / RM100 setiap bulan mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori isi rumah dan warga emas RM1,200 / bujang RM600 selama 12 bulan iaitu bermula 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 untuk digunakan membeli barangan dapur di kedai atau pasaraya yang berdaftar dengan bantuan.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR

Setiap penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan ini mengikut 13 kategori barangan (mengikut had yang ditetapkan setiap bulan RM50 / RM100) seperti senarai berikut :

  • Beras : Jamine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix / Sterimar / Panadol / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Stabilo / Staedtler / Canggih / Bata / Faber-Castell.

Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

BANTUAN BARANG DAPUR 2024

Ikuti cara semak status penerima bantuan barang dapur di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment