PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025 (REGISTER BANTUAN SARA)

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025 (REGISTER BANTUAN SARA)

Sumbangan bantuan kerajaan kepada rakyat pada tahun 2025 akan melibatkan beberapa peruntukan termasuk sumbangan Bantuan SARA di bawah program MyKasih yang akan diteruskan dengan menyasarkan kepada lebih ramai penerima.

Bagaimanakah permohonan mykasih rm100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 : SEMAK STATUS SEKARANG

JUMLAH PERUNTUKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Setiap tahun kerajaan akan meningkatkan jumlah peruntukan penerima yang mana tahun 2024 hanya diperuntukan kepada 0.7 juta penerima sahaja. Manakala, pada tahun 2025 akan dipertingkatkan kepada lebih 5.4 juta penerima supaya lebih ramai yang dapat menikmati manfaat program MyKasih.

KADAR AGIHAN MYKASIH 2025

Kadar agihan MyKasih akan dibahagikan kepada dua (2) kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kelayakan Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR AGIHAN
BANTUAN
ISI RUMAHRM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
BUJANGRM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
  • Kelayakan Bukan Miskin :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR AGIHAN
BANTUAN
ISI RUMAHRM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMASRM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANGTIADA

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH RM100 2025

Antara syarat kelayakan untuk menerima MyKasih RM100 pada tahun 2025 adalah :

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas atau bujang.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari portal permohonan rasmi di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon perlu mendaftarkan diri di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

PENDAFTARAN MYKASIH RM100 2025

Ikuti panduan pendaftaran e-kasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800
  6. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment