BANTUAN MADANI RM100 2024 : TEBUS SEKARANG

BANTUAN MADANI RM100 2024 : TEBUS SEKARANG

Kerajaan komited menunaikan janji untuk memberikan bantuan sebanyak RM100 kepada lebih 10juta rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Inisiatif ini adalah di bawah kerangka Ekonomi Madani (eMADANI). Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat, sekaligus dapat meningkatkan pembelian tanpa tunai (cashless) secara fizikal.

Bagaimanakah cara tebus dan claim bantuan madani rm100 2023? Ikuti cara tebus dan claim di sini.

BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN STR : UPDATE MAKLUMAT

SENARAI APLIKASI eMADANI

Bantuan Madani RM100 dapat ditebus / claim dengan menggunakan aplikasi di bawah :

  • Touch ‘n Go e-Wallet.
  • MAE Maybank.
  • SETEL Petronas.
  • ShopeePay.

TARIKH TEBUS BANTUAN MADANI

Anda boleh mula tebus dan claim Bantuan Madani RM100 adalah bermula 04 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MADANI RM100

Tempoh pembelian dengan menggunakan Bantuan Madani RM100 di dalam aplikasi yang dipilih adalah sah sehingga 29 Februari 2024.

KRITERIA KELAYAKAN

Untuk menebus / claim Bantuan Madani RM100, anda hendaklah memenuhi kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  • Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Dalam kategori B40 dan M40.
  • Bukan penerima eBeliaRahmah.

BANTUAN MADANI RM100

Ikuti cara tebus Bantuan Madani mengikut aplikasi yang dipilih seperti berikut :

CARA TEBUS BANTUAN MADANI GUNA TOUCH ‘N GO (TNG E WALLET)

  1. Buka aplikasi Touch N Go (TNG).
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi TNG.
  3. Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
  4. Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
  5. Tekan butang ‘Submit’.
  6. Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!

*Untuk panduan lengkap cara tebus TnG rujuk [Di sini].

CARA TEBUS BANTUAN MADANI GUNA MAE MAYBANK

  1. Buka aplikasi MAE Maybank.
  2. Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
  3. Masukkan butiran maklumat anda dan tekan butang ‘Submit’.
  4. Anda akan menerima notifikasi apabila proses penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!.

*Ikuti panduan lengkap cara tebus dalam aplikasi MAE Maybank [Di Sini].

CARA TEBUS BANTUAN MADANI GUNA SETEL PETRONAS

  1. Buka aplikasi Setel Petronas.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Setel.
  3. Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
  4. Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
  5. Tekan butang ‘Submit’.
  6. Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!

*Ikuti panduan lengkap cara tebus dalam aplikasi Setel Petronas [Di Sini].

CARA TEBUS BANTUAN MADANI GUNA SHOPEEPAY

  1. Buka aplikasi Shopee.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama aplikasi Shopee.
  3. Kemudian, tekan butang ikon ‘eMADANI’.
  4. Isi butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan betul.
  5. Tekan butang ‘Submit’.
  6. Anda akan menerima Notifikasi apabila proses tuntutan e-wallet RM100 berjaya di lakukan!

TALIAN HOTLINE EMADANI

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke [email protected].
Setel Petronas : Emel ke [email protected].
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

1 thought on “BANTUAN MADANI RM100 2024 : TEBUS SEKARANG”

Leave a Comment