BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN
Bilangan penerima yang layak menerima Bantuan MyKAD Madani yang bernilai RM1,200 pada tahun 2024 adalah seramai lebih 700,000 ribu dan dijangka bilangan penerima pada tahun 2025 akan bertambah seiring dengan permohonan yang dibuka untuk sepanjang tahun.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan bantuan mykad madani rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 : MOHON SEKARANG
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Agihan Bantuan RM1,200 ke dalam MyKAD adalah secara ansur RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula pada bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan akhir agihan pada Disember 2025.
*Namun, tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini semula apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.
KADAR AGIHAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Tidak kesemua penerima akan menerima kadar agihan Bantuan MyKAD Madani yang bernilai RM1,200 kerana bantuan akan agihkan mengikut kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
- Isi Rumah : RM1,200 (Berdaftar e-Kasih) / RM900 (Tidak Berdaftar e-Kasih);
- Warga Emas : RM1,200 (Berdaftar e-Kasih) / RM450 (Tidak Berdaftar e-Kasih);
- Bujang : RM600 (Berdaftar e-Kasih) / RM0 (Tidak Berdaftar e-Kasih).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKAD Madani yang bernilai RM1,200, ikuti panduan semakan status di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.