BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Kesemua rakyat Malaysia mempunyai MyKad (kad pengenalan diri) namun hanya rakyat yang terpilih akan menerima bantuan tunai dalam MyKad. Inisiatif bantuan ini adalah selamat kerana ia dikreditkan secara tanpa tunai dan hanya pemegang MyKad sahaja boleh menggunakannya.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan mykad rm1200 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH RASMI BANTUAN STR FASA 4 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
BANTUAN MYKAD RM1200 TERBARU 2025
Perdana Menteri dalam Persidangan Dewan Rakyat mengumumkan bahawa Bantuan dalam MyKad akan diteruskan pada tahun 2025 bagi mengelakkan sebarang ketirisan bantuan dan akan disalurkan mengikut kelayakan setiap penerima dengan cara yang cekap, telus dan selamat.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2025
Berikut adalah perbandingan jumlah penerima Bantuan MyKad pada tahun 2024 dan 2025 :
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024 | JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025 |
---|---|
0.7 juta penerima | 5.4 juta penerima |
TEMPOH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan bantuan tunai bernilai RM1,200 ke dalam MyKad penerima adalah selama tempoh 12 bulan (sepanjang tahun 2025) namun, bantuan tunai yang bernilai RM900 pula akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima selama tempoh 9 bulan sahaja (bermula April hingga Disember).
JUMLAH BANTUAN | TEMPOH KREDIT |
---|---|
RM1,200 | 12 Bulan (Januari – Disember) |
RM900 | 9 bulan (April – Disember) |
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Kegunaan Bantuan Dalam MyKad adalah untuk penerima membuat pembelian berikut :
- Barangan Keperluan Asas Dapur;
- Barangan Kelengkapan kebersihan dan kesihatan;
- Keperluan pendidikan / peralatan persekolahan anak.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Ikuti cara semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian Hotline Sara : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
B40 Str sya ada kesilapan tuntutan tunai kepada sya