BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK B40 RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN DAN MOHON SEKARANG
Tempoh pelaksanaan program bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam MyKad adalah secara berperingkat setiap bulan sepanjang tahun bagi membantu rakyat B40. Namun, ia adalah merupakan bantuan tambahan daripada hasil penjimatan subsidi bersasar.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan mykasih dalam mykad untuk b40 rm150 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM450 SETIAP BULAN TERBARU : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2024
Program bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam MyKad adalah terhad kepada penerima yang menetap di Semenanjung yang merangkumi kategori :
- Bujang :
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Berumur 21 hingga 59 tahun dan 60 tahun ke atas.
- Isi Rumah :
- Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Ibubapa tunggal yang mempunyai anak.
HAD PEMBAHAGIAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK B40 SETIAP BULAN 2024
Pembahagian bantuan MyKasih ke dalam MyKad setiap bulan adalah mengikut had yang ditetapkan untuk setiap kategori, iaitu :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | BANTUAN DITERIMA |
---|---|
Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 setiap bulan |
Umur 60 tahun ke atas | RM100 setiap bulan |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | BANTUAN DITERIMA |
---|---|
Berpasangan (Ada / tiada anak) | RM100 setiap bulan |
Ibubapa Tunggal (Ada anak) | RM100 setiap bulan |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK B40 2024
Hanya penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad mengikut cara seperti berikut :
- Penerima perlu kunjungi kedai terpilih berhampiran.
- Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan.
- Seterusnya, sila ‘tunjukkan Mykad’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Masukan 6-digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK B40 RM150 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan kelayakan bantuan MyKasih dalam Mykad bagi tahun 2024 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.