SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bermula 22 Januari 2024, Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI dengan memberikan Bantuan Sara Rahmah kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan bantuan sara rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN PADU REGISTRATION : CARA MOHON DI SINI

KADAR PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2024

Pemberian Bantaun Sara Rahmah bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2024

Penerima Bantuan Sara Rahmah adalah terhad kepada kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KADAR AMAUN BANTUAN SARA RAHMAH 2024

Amaun Bantuan Sara Rahmah bagi tahun 2024 telah dinaikkan kadar mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR
AMAUN
Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600

CARA AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2024

Terdapat dua (2) cara agihan Bantuan Sara Rahmah mengikut negeri penerima seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2024

Bantuan Sara Rahmah boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment