BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN 2024 : MOHON SEKARANG

Bantuan Perkahwinan Skim Gerbang Az-Ziwaaj ini telah bermula sejak tahun 2011 dan sehingga kini. Setiap tahun, kerajaan Negeri Kelantan akan memperuntukkan sebanayak RM3juta untuk 3000 pasangan yang ingin berkahwin. Sekiranya peruntukan pada tahun tersebut mempunyai lebihan, ia akan dibawa ke tahun hadapan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan perkahwinan rm1000 kelantan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BAKUL MAKANAN : MOHON SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN PERKAHWINAN RM100 KELANTAN

Khas untuk penduduk dan anak jati Kelantan, Bantuan Perkahwinan Kelantan yang disalurkan sebanyak RM1000 secara one-off dibawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj. Bantuan ini adalah satu insentif Negeri Kelantan untuk membantu rakyat Kelantan khususnya untuk melangsungkan perkahwinan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERKAHWINAN RM100 KELANTAN

Untuk memohon, pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
    • Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pemohon mestilah LELAKI
    • Hanya pemohon lelaki sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj.
  • Dilahirkan di Kelantan
    • Dilahirkan di negeri Kelantan (nombor kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan bahawa telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  • Perkahwinan Pertama
    • Hanyalah perkahwinan yang pertama sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pendapatan Bulanan
    • Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi jumlah RM2000.00 sebulan.
  • Kategori Pemohon
    • Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlulah dibantu. (mengikut kriteria dan juga budi bicara Kerajaan Negeri).

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dari tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.

CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN

Ikuti cara memohon Bantuan Perkahwinan RM1000 Kelantan seperti berikut :

PAUTAN PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN RM1000
https://azziwaaj.dev.bbn.my/
  1. Sila klik pada pautan Permohonan di atas.
  2. Kemudian, pada halaman utama Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj, sila klik pada [Pendaftaran].
  3. Klik pada [Daftar Sekarang] sekiranya anda belum pernah berdaftar.
  4. Isikan semua maklumat permohonan yang diperlukan (Maklumat Pemohon & Maklumat Pasangan) dengan lengkap dan tepat.
  5. Setelah maklumat pemohon & pasangan lengkap diisi, pemohon perlu [Muat Turun] dan [Cetak] borang permohonan.
  6. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.
  7. Borang permohonan yang telah disahkan perlu [Dimuat naik] beserta dengan beberapa dokument yg dipinta.
  8. Seterusnya, pemohon boleh membuat pengesahan terhadap semua butiran yang diisi dan dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik. Pemohon perlu membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.
  9. Setelah pengakuan dibuat, pemohon perlu menekan butang [Hantar Permohonan] bagi melengkapkan proses permohonan SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ.
  10. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen sokonga yang diperlukan untuk permohonan :

  • Gambar berukuran passport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kursus Perkahwinan;
  • Sali nan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV);
  • Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1);
  • Slip gaji / pengesahan pendapatan oleh Penghulu Mukim / Penggawa;dan
  • Salinan Pengesahan No. Akaun / Penyata Akaun Bank.

*Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Penghulu Mukim / Penggawa.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada laman portal Azziwaaj. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.
  • Talian : 09-7434477 (Waktu Operasi : Ahad – Isnin 8:00 pagi hingga 5:00 petang / Khamis 8:00 pagi hingga 3:30 petang)
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://azziwaaj.dev.bbn.my/.

Leave a Comment