CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga.

Program ini diperluaskan capaian dan ditambahbaik supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

Bagaimanakah check status penerima bantuan 300 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN 300 MYKAD

Bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan adalah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet khas untuk pembelian barangan keperluan asas dan perihal keperluan pendidikan anak-anak yang bertujuan untuk membantu rakyat di Negeri Selangor khususnya ketua keluarga yang mempunyai tanggungan.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD

Kelayakan penerima Bantuan RM300 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 300 MYKAD 2024

Bantuan ini disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet, berikut merupakan cara pembelian menggunakan bantuan ini :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

APAKAH SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN 300 MYKAD

Berikut merupakan senarai kategori barangan yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan BINGKAS :

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  13. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
  14. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  15. Lampin pakai buang (Bayi / dewasa)
  16. Barangan persekolahan
  17. Perihal pendidikan.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024

Sekiranya anda telah berdaftar dengan Bantuan BINGKAS, anda boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

1 thought on “CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment