BANTUAN TUNAI RAKYAT RM450 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Minggu hadapan, Bantuan Tunai akan mula dikreditkan kepada 8 juta rakyat Malaysia yang melepasi status kelayakan sebagai bantuan tambahan untuk membantu rakyat terutamanya untuk bekalan menghadapi musim tengkujuh ini.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan tunai rm450? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT RM300 TERBARU : SEMAK SEKARANG
BANTUAN TUNAI RAKYAT RM450 2024
Bermula pada 9 Disember 2024, Bantuan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank 8 juta penerima secara berperingkat atau penerima boleh menuntut bayaran tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
MASA PENERIMAAN BANTUAN TUNAI RM450
Penerima perlu menunggu Bantuan Tunai dikreditkan ke dalam akaun mengikut masa seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Nota : Walau bagaimanapun, Bantuan Tunai akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja untuk dikreditkan.
KADAR BANTUAN TUNAI YANG AKAN DITERIMA
Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan Tunai yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Ketua Isi Rumah : RM300.
- Ahli Isi Rumah : RM150.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM450
Ikuti panduan cara semakan status penerima Bantuan Tunai di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.