TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Secara rasminya, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10 telahpun mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) melalui Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini.

Bilakah tarikh rasmi bayaran sara one off rm300 dan cara semak status? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAKYAT RM450 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Berdasarkan petikan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh bayaran rasmi Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah sama seperti kaedah bayaran STR, yang mana ia akan dibayar bergantung kepada penerima yang mempunyai akaun bank atau tidak mempunyai akaun bank seperti berikut :

  • Dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mendaftarkan nombor akaun bank yang aktif; atau
  • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Antara kriteria kelayakan penerima bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 secara one-off (sekaligus) adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan STR 2024 kategori isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Bukan penerima Bantuan SARA setiap bulan / dua kali setahun (yang berdaftar di bawah e-Kasih).

JUMLAH PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Daripada 8 juta jumlah penerima yang disahkan, hanya 3.5 juta sahaja penerima yang layak menerima bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 secara one-off (sekaligus) pada 9 Disember 2024, Isnin ini melalui pengkreditan tunai.

SEMAK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA yang terkini, ikuti panduan semakan pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :

Leave a Comment