BAYARAN SARA ONE OFF 2024 RM300/RM150 2024 (SEMAKAN STATUS PENERIMA)

BAYARAN SARA ONE OFF 2024 RM300/RM150 2024 (SEMAKAN STATUS PENERIMA)

Sebahagian besar penerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) adalah merupakan rakyat dewasa merangkumi isi rumah dan bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana (bukan berstatus miskin tegar).

Bagaimanakah semak status bayaran sara one off rm300/rm150? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD : SEMAK STATUS SEKARANG

BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima yang disahkan status ‘Lulus’ adalah bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan berperingkat mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja tertakluk kepada bank yang didaftarkan.

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF RM300/RM150

Jumlah bayaran SARA yang bernilai sebanyak RM300 atau RM150 adalah ditentukan oleh kelayakan penerima seperti berikut :

  • 3.5 juta penerima Isi Rumah :
    • Akan menerima bayaran RM300 secara one-off.
  • 4.5 juta penerima Bujang :
    • Akan menerima bayaran RM150 secara one-off.

CARA BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran Bantuan SARA one-off kepada 8 juta penerima adalah melalui dua (2) cara seperti berikut :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2024

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran SARA one-off (sekaligus) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment