PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 (DAFTAR ONLINE SEKARANG)

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 (DAFTAR ONLINE SEKARANG)

Manfaat daripada program Bantuan MyKad Madani pada tahun 2024 hanya dapat dinikmati oleh 700,000 ribu sahaja. Oleh itu, dalam Belanjawan 2025, kerajaan Madani telah bersetuju untuk meluaskan lagi manfaat Bantuan MyKad supaya lebih ramai yang dapat merasainya.

Bagaimanakah permohonan bantuan mykad madani? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN SARA ONE OFF RM300/RM150 (SEMAKAN STATUS PENERIMA)

APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI

Bantuan MyKad Madani adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sejak Jun 2023 yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus inisiatif ini diperkenalkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas rakyat yang mana MyKad boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) di kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia.

KADAR BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Pada tahun 2025, Bantuan MyKad Madani akan dibahagikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Penerima Berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM450 setahun;
    • Bujang : RM0.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon Bantuan MyKad Madani adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang; serta
  • Berdaftar sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Berdasarkan soalan lazim, untuk menerima Bantuan MyKad Madani adalah pemohon hanya perlu memohon dan lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sahaja bagi tahun 2025.

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan portal permohonan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Berikut merupakan cara pendaftaran e-Kasih untuk mendapatkan Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025 :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
  6. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  7. Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
  8. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 (DAFTAR ONLINE SEKARANG)”

Leave a Comment