CHECK BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

Mengikut peruntukan terbaru, seramai lebih 5.4 juta rakyat yang akan menikmati manfaat daripada inisiatif Bantuan Dalam MyKad pada tahun 2025 berbanding tahun 2024 yang hanya diperuntukan kepada 0.7 juta sahaja.

Bagaimanakah check bantuan rm1200 dalam mykad? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 : SEMAK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bantuan akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima mengikut kadar seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Penerima Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM450 setahun;
    • Bujang : RM0.

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Pelaksanaan Bantuan Dalam MyKad adalah selama tempoh yang ditetapkan bagi setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
  • Penerima Bukan Miskin :
    • Selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025).

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Inisiatif Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah khusus untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya yang berdaftar seluruh Malaysia.

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan Bantuan Dalam MyKad adalah :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

CHECK BANTUAN RM1200 DALAM MYKAD 2025

Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad, semakan boleh dibuat di dua (2) laman portal yang berbeza mengikut panduan seperti berikut :

  • Panduan Check Bantuan Dalam MyKad (1) :
    1. Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Bantuan Dalam MyKad (2) :
    1. Sila klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment