BANTUAN SARAWAK BUJANG (2025 PERMOHONAN & SEMAKAN)
Warga Sarawak yang menetap di Sarawak serta merupakan golongan dewasa yang berstatus bujang juga akan layak untuk menerima pelbagai bantuan yang diperuntukan dalam Belanjawan Sarawak bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah permohonan dan semakan Bantuan Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA ONE OFF RM150 (SEMAKAN STATUS PENERIMA)
APA ITU BANTUAN SARAWAK
Untuk meringankan bebanan sara hidup warga Sarawak, pelbagai bantuan yang akan disalurkan terutamanya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) khas untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makan dan pelbagai barangan keperluan lain.
BERAPAKAH KADAR BANTUAN SARAWAK BUJANG
Golongan Bujang yang merupakan Warga Sarawak yang menetap di Sarawak serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dengan kadar sebanyak RM250.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG
Antara syarat kelayakan untuk penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak bagi golongan bujang adalah :
- Warga Sarawak;
- Menetap di Negeri Sarawak;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN BUJANG
Tarikh bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak untuk golongan Bujang masih belum diumumkan secara rasmi kerana ia akan dibayar pada tahun 2025 dan pihak kami akan kemaskini ‘Tarikh Bayaran’ sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK
Portal untuk permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka secara rasmi untuk untuk sebarang permohonan dan pihak kami akan kongsikan panduan permohonan apabila portal telah dibuka.
CARA SEMAKAN BANTUAN SARAWAK
Semakan hanya boleh dilakukan pada pautan portal rasmi sahaja dan portal masih belum dibuka untuk sebarang semakan kelayakan atau semakan status dan sekiranya telah dibuka, pihak kami akan kemaskini kembali.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARAWAK. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://sarawak.gov.my/.