BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK TARIKH
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) kepada penerima sedia ada sebelum ini adalah secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun. Kini adalah bayaran Bantuan SARA terbaru kepada penerima baharu secara one-off (sekaligus) terus.
Bilakah masuk bayaran sara one off rm300 terbaru dan bagaimanakah cara semak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 : CHECK SEKARANG
BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Penerima sedia ada sebelum ini adalah seramai 0.7 juta telahpun menerima bayaran Bantuan SARA dan penerima baharu yang akan menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah seramai 8.0 juta yang tentunya menunggu bilakah bayaran akan dimasukkan.
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) kepada 8.0 juta penerima yang layak akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.
BAGAIMANAKAH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah melalui pengkreditan tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima atau sekiranya penerima tiada akaun atau status ‘Gagal kredit’ bantuan akan diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Setiap penerima yang tiada akaun atau status ‘Gagal Kredit’ boleh mula mengambil tunai di kaunter mana-mana cawangan BSN pada 9 Disember 2024 dan penerima yang telah mendaftarkan akaun bank perlu menunggu bayaran Bantuan SARA dimasukkan.
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Bantuan SARA yang bernilai RM300 akan dibayar secara one-off (sekaligus) kepada ketua isi rumah yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 serta tiada dalam rekod pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih (bukan penerima SARA secara ansur setiap bulan atau dua kali setahun).
- Warganegara Malaysia;
- Ketua isi rumah;
- Lulus STR 2024 kategori isi rumah;
- Bukan penerima SARA setiap bulan / dua kali setahun.
Bagi bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM150 pula adalah khas untuk golongan bujang yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 serta tiada dalam rekod pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
- Warganegara Malaysia;
- Golongan bujang / balu / janda / duda tiada anak;
- Lulus STR 2024 kategori bujang & warga emas;
- Bukan penerima SARA setiap bulan / dua kali setahun.
SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Bagaimanapun, untuk mengetahui tarikh serta status bayaran Bantuan SARA yang akan diterima, semakan boleh dilakukan di pautan portal rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.