BANTUAN MYKASIH LOGIN 2024 : MOHON DAN SEMAK SEKARANG
Hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh mengakses untuk semakan dan permohonan Bantuan Mykasih kerana ia diwujudkan khas untuk membantu Warganegara Malaysia yang menetap di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah bantuan mykasih login? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 : CHECK SEKARANG
TUJUAN BANTUAN MYKASIH LOGIN
Ia diwujudkan adalah bertujuan untuk memudahkan para pemohon untuk membuat permohonan dan semakan status. Selain itu juga, ia memberikan informasi yang penting berkaitan bantuan sekaligus kaedah penyalurannya juga memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya.
SENARAI PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MYKASIH 2024
Penambahbaikan bantuan Mykasih termasuklah :
- Memperluaskan penerima yang layak kepada tiga kategori iaitu Miskin Tegar, Miskin eKasih dan Asas Bukan Miskin;
- Kadar nilai bantuan Mykasih juga dinaikkan bermula RM150 sehingga RM1,200 mengikut kelayakan penerima;
- Memperbanyakkan penggunaan kredit bantuan kepada 13 kategori barangan.
PROSES PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2024
Penyaluran bantuan Mykasih terbahagi kepada dua proses mengikut negeri penerima seperti berikut :
- Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
- Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Mykasih;
- Kemudian, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan pemohon dalam sistem MyKasih untuk menyimpan elaun perbelanjaan;
- Pemohon akan menerima elaun bulanan sebanyak RM50 / RM100 sebulan melalui Kad Pengenalan;
- Pilih Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian pembayaran menggunakan Kad Pengenalan;
- Seterusnya, pemohon perlu membeli barang keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan;
- Perlu digunakan sehingga 31 Disember 2024 sahaja.
- Negeri Sabah dan Sarawak :
- Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Mykasih;
- Bantuan Mykasih akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan sebanyak RM300 / Rm600;
- Sekiranya tiada maklumat akaun bank, pemohon perlu membuat tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN);
- Boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi;
- Pengkreditan hanya dua kali setahun.
BANTUAN MYKASIH LOGIN 2024
Bagaimanapun, semakan boleh dibuat pada laman rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Mykasih; atau klik di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Untuk login, sila masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.