SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM700 juta untuk disalurkan menerusi Bantuan Sara Hidup bernilai RM100 setiap bulan yang dijangka akan memanfaatkan seramai 700,000 penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup 100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG
KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Bagi penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :
KAEDAH PEMAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|
Surat pemakluman | Penerima yang disahkan layak akan menerima surat mengikut alamat yang didaftarkan. |
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) | Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. |
Semakan terus melalui portal rasmi | Sekiranya penerima tidak menerima sebarangan surat atau SMS, penerima boleh membuat semakan melalui portal rasmi. |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan menerusi kaedah seperti berikut :
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP |
---|
Akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima secara automatik setiap bulan. |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Penerima akan menerima sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula seawal 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula pada Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Sekiranya anda telah berdaftar dan tidak menerima sebarang pemakluman, anda boleh membuat semakan di portal rasmi seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan portal rasmi semakan di atas.
- Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Sara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Nak check kelayakan