CARA MOHON BANTUAN BANJIR 2024 : PERMOHONAN ONLINE
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) akan memberikan Bantuan Banjir kepada mangsa banjir di seluruh negeri yang terlibat dengan bencana banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan lain-lain negeri yang terlibat.
Bagaimanakah cara memohon bantuan banjir? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 : PERMOHONAN & CHECK STATUS
JUMLAH BANTUAN BANJIR 2024
Bantuan Banjir akan diberikan dengan jumlah sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terlibat dengan bencana banjir di mana-mana negeri yang berpindah di Pusat Pemidahan Sementara (PPS) yang berhampiran.
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN BANJIR 2024
Pemberian Bantuan Banjir oleh Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) adalah bertujuan untuk membantu ketua isi rumah yang menghadapi bencana banjir untuk memulakan semula kehidupan selepas rumah yang mengalami kerosakan.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN BANJIR 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Banjir :
- Kelayakan Penerima: BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang merupakan warganegara Malaysia yang berpindah / berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pemohon mestilah terjejas akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan lain-lain.
- Pengesahan Kelayakan: Setiap permohonan perlu disahkan oleh Pegawai Daerah bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas.
- Had Bantuan: Hanya satu rumah bagi setiap ketua isi rumah yang layak untuk menerima BWI, tanpa mengira bilangan isi rumah dalam keluarga.
- Bantuan Sekali Sahaja: Kelayakan untuk BWI bagi bencana banjir hanya diberi sekali dalam satu musim bencana yang diisytiharkan. Jika bencana berlaku lebih daripada sekali, tiada bantuan tambahan akan diberikan.
- Pendaftaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS): Bagi ketua isi rumah yang berpindah ke PPS, pendaftaran BWI tidak diperlukan, kerana senarai nama akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.
- Bagi Isi Rumah yang rumah terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat menerusi ketua-ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah berhampiran.
- Dokumen Sokongan: Perlu menyediakan dokumen seperti kad pengenalan, pengesahan kerosakan, dan dokumen berkaitan (jika diperlukan).
CARA MOHON BANTUAN BANJIR 2024
Permohonan Bantuan Banjir boleh dilakukan melalui cara seperti berikut :
- Permohonan perlu dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
- Bagi mereka yang berpindah ke PPS, ketua isi rumah boleh berhubung dengan petugas di PPS.
- Bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dilakukan melalui ketua masyarakat atau Pegawai Daerah. Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah serta Pengerusi JPBD.
*Nota : Permohonan hanya boleh dilakukan secara manual sahaja kerana tiada permohonan secara online (atas talian).
DOKUMEN SOKONGAN MEMOHON BANTUAN BANJIR 2024
- Individu yang mendaftar ke PPS (PUSAT PINDAHAN SEMENTARA) dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan, kerana urusan akan diuruskan oleh JKM.
- Individu yang tidak berpindah ke PPS / mendaftar ke PPS tanpa pengenalan, perlu mendaftar dan membuat pengesahan dengan ketua masyarakat. Salinan kad pengenalan, dan bukti kerosakan akibat bencana perlu disediakan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi NADMA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Umum NADMA : 03-8870 4800
- Laman Rujukan NADMA : https://www.nadma.gov.my/bm/hubungi-kami/direktori-kakitangan.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.nadma.gov.my/bm/awam/bantuan/bantuan-wang-ihsan.