SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Musim tengkujuh telahpun tiba, tentunya ramai dikalangan rakyat Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir terutamanya yang berada di negeri-negeri terlibat seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Oleh itu, pelbagai pihak akan menyalurkan bantuan bagi meringankan bebanan mangsa.

Bagaimanakah semak bantuan musim tengkujuh? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN BANJIR : PERMOHONAN ONLINE

PENGENALAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Rakyat yang berada di kawasan terlibat bencana banjir di musim tengkujuh ini pastinya akan terjejas sumber pendapatan khususnya bagi pekebun kecil serta penoreh getah di kampung-kampung. Oleh itu, pelbagai pihak akan menyalurkan bantuan.

Begitu juga Bantuan Musim Tengkujuh yang disalurkan di bawah RISDA yang bertujuan untuk membantu rakyat yang memiliki kebun tanaman atau kebun getah yang berada di kawasan terjejas bencana banjir pada musim tengkujuh.

JUMLAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH YANG DISALURKAN 2024

Pihak RISDA telah bersetuju untuk menaikkan kadar jumlah Bantuan Musim Tengkujuh yang akan disalurkan pada tahun ini yang mana daripada hanya RM600 akan dinaikkan kepada sehingga RM800 bagi setiap individu yang layak.

Ianya akan disalurkan secara berperingkat selama empat (4) bulan seperti berikut :

  • November 2024 : RM200;
  • Disember 2024 : RM200;
  • Januari 2024 : RM200;
  • Februari 2024 : RM200.

CARA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH DISALURKAN 2024

Individu yang melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RISDA akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh secara ansur berperingkat melalui proses transaksi atas talian (Elektronic Fund Transfer (EFT)) terus ke akaun bank penerima yang aktif mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 2024

Untuk mengetahui status kelayakan permohonan, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari pautan semakan rasmi di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  6. Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  7. Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
  8. Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
  9. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://pekebunkecil.risda.gov.my/user/login.

Leave a Comment