CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG
Menurut Kementerian Kewangan, pemberian Bantuan Sara Hidup telah diperluaskan kepada 0.7 juta rakyat Malaysia yang layak. Bantuan Sara Hidup akan disalurkan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (sepanjang tahun 2024) melalui langkah yang sama iaitu melalui tanpa tunai.
Bagaimanakah cara mohon bantuan sara hidup 100 setiap bulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STR ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG
KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar dan lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; serta
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JADUAL AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Pengagihan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan adalah mengikut tarikh seperti jadual berikut :
TARIKH | JUMLAH |
---|---|
22.01.2024 (Isnin) | RM100 |
01.02.2024 (Khamis) | RM100 |
01.03.2024 (Jumaat) | RM100 |
01.04.2024 (Isnin) | RM100 |
01.05.2024 (Rabu) | RM100 |
01.06.2024 (Sabtu) | RM100 |
01.07.2024 (Isnin) | RM100 |
01.08.2024 (Khamis) | RM100 |
01.09.2024 (Ahad) | RM100 |
01.10.2024 (Selasa) | RM100 |
01.11.2024 (Jumaat) | RM100 |
01.12.2024 (Ahad) | RM100 |
CARA AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Pengagihan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan adalah diagihkan secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan penerima khas untuk digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang berdaftar di bawah bantuan dan bayaran hanya menggunakan Kad pengenalan (cashless).
CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN 2024
Untuk menerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan, pemohon hendaklah membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan berdaftar dengan e-Kasih (sekiranya memenuhi syarat kelayakan golongan miskin). Ikuti cara mohon di bawah :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
CARA MOHON EKASIH
Sekiranya anda memenuhi syarat untuk menerima bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan (berstatus miskin / miskin tegar) anda boleh membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.