SEMAKAN BANTUAN RM500 B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN RM500 B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kerajaan komited untuk membantu golongan B40 (berpendapatan rendah Malaysia) dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar di masa kini. Justeru, pelbagai bantuan yang disalurkan termasuk bantuan tunai sebanyak RM500 khas untuk golongan B40.

Bagaimanakah semakan bantuan rm500 b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM500 B40

Bantuan yang bernilai RM500 disalurkan khas kepada golongan B40 adalah merupakan Bantuan Awal Ramadhan. Bantuan ini disalurkan bertujuan untuk membantu B40 yang terutamanya golongan asnaf untuk menyambut bulan Ramadhan dengan kecukupan.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM500 B40 2024

Menurut rujukan daripada artikel berkenaan Bantuan Awal Ramadhan yang dinyatakan berkaitan tarikh penerimaan adalah bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H yang disalurkan secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM500 B40 2024

Pemberian bantuan yang bernilai RM500 untuk golongan B40 adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

SEMAKAN BANTUAN RM500 B40 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak bantuan RM500 seperti berikut :

  1. Sila klik pautan laman web rasmi semakan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment