CHECK BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Keperluan asas seperti makanan, peralatan kebersihan, kelengkapan pendidikan dan sebagainya untuk seisi rumah dapat ditampung dengan adanya bantuan daripada kerajaan negeri bernilai sebanyak RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah check bantuan keperluan asas rm300 setiap bulan terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI INTIPATI BELANJAWAN : BANTUAN TUNAI RAKYAT & BONUS PENJAWAT AWAM
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Penerima yang berstatus ‘Layak’ akan menerima bantuan tunai bernilai RM300 untuk pembelian keperluan asas pada tarikh yang terbaru, iaitu :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Penerimaan Bantuan Keperluan Asas Terbaru | 5 hingga 15 Oktober 2024 |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Penerimaan Bantuan Keperluan Asas bukanlah secara fizikal barangan, namun penerima boleh memilih barangan yang ingin dibeli sehingga berjumlah RM300 setiap bulan melalui pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR akaun e-Wallet Selangkah.
SENARAI KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024
Penerima boleh memilih barang keperluan asas yang ingin dibeli dengan bantuan RM300 setiap bulan :
- Keperluan Asas Makanan : Beras, mi dan bihun, roti, biskut, telur, gula dan garam, rempah ratus, sos, kicap, tepung, minyak masak, sayuran dan buah-buahan, daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan, produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Peralatan Kebersihan : Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci serta lampin pakai buang.
- Kelengkapan Pendidikan : buku sekolah / akademik, kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya; dan
- Ubat-ubatan.
CHECK BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Keperluan Asas yang terbaru seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 atau https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.