SENARAI INTIPATI BELANJAWAN 2025 : BANTUAN TUNAI RAKYAT & BONUS PENJAWAT AWAM

SENARAI INTIPATI BELANJAWAN 2025 : BANTUAN TUNAI RAKYAT & BONUS PENJAWAT AWAM

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Negara iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 ada mengulas berkaitan Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apakah senarai intipati belanjawan 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM900 TERBARU : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU BELANJAWAN 2025

Setiap tahun kerajaan akan menerangkan butiran wang yang akan dibelanjakan untuk menampung keperluan rakyat seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pertahanan dan pembangunan negara daripada hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai, royalti petroleum dan juga duti.

Selaras dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 ini adalah kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat.

TARIKH PEMBENTANGAN INTIPATI BELANJAWAN 2025

Pembentangan Intipati Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) bagi tahun 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dijangka pada 18 Oktober 2024 (Jumaat) ini bermula pada jam 4:00 petang secara siaran langsung di Persidangan Dewan Rakyat.

FOKUS BELANJAWAN 2025

Belanjawan MADANI 2025 yang akan dibentangkan ini berpandukan kepada beberapa asas khusus, termasuklah pendekatan memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat, bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Di bawah Kerajaan Perpaduan akan merancakkan lagi usaha untuk meningkatkan siling dan menstruktur semula ekonomi supaya Malaysia mencapai tahap ekonomi utama di Asia.

Selain siling ekonomi, kerajaan juga ingin menaikkan lantai pendapatan supaya masyarakat terutama di desa, miskin bandar dan pedalaman tidak ketinggalan dalam merasai nikmat perubahan.

INTIPATI BELANJAWAN 2025 BANTUAN TUNAI RAKYAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa “Kita juga harus fikir kaedah baharu, melenyapkan kartel atau monopoli atau mengelak ketirisan supaya pulangan itu akan balik kepada rakyat sama ada bantuan tunai langsung seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ataupun bantuan khusus untuk (golongan) yang paling miskin iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah) atau menumpukan yang saya berikan keutamaan bidang kesihatan dan pendidikan,”.

INTIPATI BELANJAWAN 2025 BONUS PENJAWAT AWAM

Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah dan kenaikkan gaji penjawat awam akan diperincikan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/2025/kenyataan-prabelanjawan-2025.

Leave a Comment