CHECK BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG
Inisiatif baharu yang telah diperkenalkan pada tahun 2023, iaitu pemberian bantuan melalui MyKad penerima dan akan diteruskan pada tahun 2024. Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad ini bertujuan untuk memudahkan semua penerima untuk membuat pembayaran di kaunter dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.
Bagaimanakah check bantuan rm100 setiap bulan mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD
Bantuan RM100 setiap bulan MyKad ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas dapur di kedai dan pasaraya terpilih. Pembayaran dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan RM100 setiap bulan Mykad :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN TUNAI MYKAD 2024
Berikut adalah jumlah keseluruhan bantuan tunai mykad mengikut kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin Tegar akan menerima bantuan berjumlah RM1,200 keseluruhan.
- Penerima kategori miskin juga akan menerima bantuan berjumlah RM1,200 keseluruhan.
- Penerima isi rumah yang bukan miskin atau miskin tegar akan menerima bantuan berjumlah RM300 keseluruhan.
- Penerima bujang dan warga emas pula akan menerima bantuan berjumlah RM150 keseluruhan.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD
Bantuan RM100 setiap bulan akan mula dikreditkan pada bulan Januari 2024 (tetapi masih belum diumumkan tarikh rasmi pengkreditan). Bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan sehingga bulan Disember 2024. *Tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.
CHECK BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Bantuan RM100 setiap bulan yang disalurkan ke dalam MyKad, anda boleh membuat semakan di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.