SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Untuk pengetahuan umum, bantuan e-Dompet RM300 merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Selangor.

Bagaimanakah semakan bantuan e dompet rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KADAR BANTUAN E DOMPET

Bantuan e-Dompet (BINGKAS) disalurkan mengikut kadar seperti berikut :

KADAR BANTUAN E-DOMPET
Peruntukan kepada seramai 30,000 keluarga di Selangor dengan
menyalurkan RM300 setiap bulan.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN E DOMPET

Bayaran bantuan e-Dompet ini adalah mengikut kaedah seperti berikut :

KAEDAH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET
Dikreditkan terus ke dalam aplikasi e-Wallet setiap bulan
(kepada pemohon berstatus lulus)

TARIKH BAYARAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN

Pembayaran bantuan e-Dompet RM300 setiap bulan adalah seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET
Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
untuk info lanjut berkaitan tarikh sila rujuk Portal Rasmi BINGKAS

KELAYAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan e-Dompet seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan e-Dompet RM300 setiap bulan pada portal rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Untuk semakan, sila layari laman web bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/ . Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment