TARIKH RASMI DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH RASMI DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Secara rasminya duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dimasukkan secara one off (sekaligus) ke dalam akaun bank penerima dan berperingkat bergantung kepada jenis bank dan juga kelayakan setiap penerima.

Bilakah tarikh rasmi duit masuk sara one off rm300 dan bagai cara semak status? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

TARIKH RASMI DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024

Berikut merupakan tarikh rasmi duit Bantuan SARA RM300 dimasukkan secara one off kepada penerima :

  • 9 Disember 2024 (Isnin) penerima yang tiada akaun bank boleh menuntut duit tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN);
  • Bermula 9 Disember 2024 (Isnin) duit Bantuan SARA akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja mengikut jenis bank.

WAKTU DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024

Bagi penerima yang telah mendaftarkan nombor akaun bank, penerima perlu menunggu waktu seperti berikut untuk duit masuk ke dalam akaun bank :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024

Antara kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA yang bernilai RM300 secara one off adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Bukan penerima Bantuan SARA setiap bulan (tiada dalam rekod data e-Kasih).

SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF RM300 2024

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA one off (RM300), ikuti cara semakan status di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

1 thought on “TARIKH RASMI DUIT MASUK SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment