SARA ONE OFF FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN : SEMAK SEKARANG

SARA ONE OFF FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN : SEMAK SEKARANG

Terdapat tiga (3) jenis bayaran Bantuan SARA iaitu secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali setahun dan yang terkini adalah secara one-off (sekaligus), namun ketiga-tiga jenis bayaran tersebut adalah ditentukan oleh kelayakan setiap penerima.

Bilakah tarikh bayaran sara one off fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 : B40 & M40

APA ITU SARA ONE OFF FASA 4 2024

Bantuan SARA adalah merupakan bantuan tunai tambahan kepada 8.7 juta penerima STR yang mana 0.7 juta penerima telah menerima Bantuan SARA secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun. Kini seramai 8.0 juta penerima pula yang akan menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus).

Kesemua 8.7 juta penerima Bantuan SARA adalah merangkumi isi rumah, warga emas dan juga bujang yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan juga Sarawak.

BILAKAH SARA ONE OFF FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran Bantuan SARA kepada 8.0 juta penerima yang secara one-off adalah bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), manakala tarikh bayaran Bantuan SARA kepada 0.7 juta penerima secara ansur setiap bulan bagi fasa keempat adalah pada 1 Disember 2024 (Ahad).

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Secara ansur setiap bulan1 Disember 2024 (Ahad)
Secara one-off9 Disember 2024 (Isnin)

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF FASA 4 2024

Jumlah Bantuan SARA yang dibayar kepada penerima adalah berbeza bagi setiap kategori kelayakan iaitu bermula dengan RM50 / RM100 setiap bulan, RM300 / RM600 dua kali setahun dan RM150 / RM300 secara one-off (sekaligus).

BIL.KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARA 2024
1.0.7 juta penerima
(Miskin & Miskin Tegar
di Semenanjung Malaysia)
Isi Rumah :
RM1,200 (RM100 sebulan).
Warga Emas :
RM1,200 (RM100 sebulan).
Bujang :
RM600 (RM50 sebulan).
2.0.7 juta penerima
(Miskin & Miskin Tegar
di Sabah & Sarawak)
Isi Rumah :
RM1,200 (RM600 dua kali bayar).
Warga Emas :
RM1,200 (RM600 dua kali bayar).
Bujang :
RM600 (RM300 dua kali bayar).
3.8.0 juta penerima
(Bukan Miskin & Miskin Tegar
Di Seluruh Malaysia)
Isi Rumah :
RM300 (one-off).
Warga Emas :
RM150 (one-off).
Bujang :
RM150 (one-off).

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN SARA ONE OFF FASA 4 2024

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) kepada semua 8.0 juta penerima di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Pengambilan tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

1 thought on “SARA ONE OFF FASA 4 2024 TARIKH BAYARAN : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment