CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024 : SEMAK ONLINE SEKARANG
Daripada 8.5 juta penerima STR fasa tiga (3) terdapat sebahagian penerima yang layak akan turut menerima bantuan tambahan. Namun cara penyeluran agak berbeza dari penyaluran STR iaitu bantuan tambahan ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk fasa yang ketiga (3).
Bagaimanakah check status bantuan tambahan str dalam mykad rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : LOGIN ONLINE BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : LOG MASUK PORTAL UNTUK SEMAKAN SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD 2024
Bantuan tambahan STR dalam MyKad adalah merupakan program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperuntukan oleh kerajaan untuk sepanjang tahun bagi menampung dan memenuhi keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah.
Ia disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR yang layak melalui MyKad (kad pengenalan) milik penerima di Semenanjung Malaysia dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Bantuan tambahan STR fasa ketiga (3) telah dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
1. | 1 Ogos 2024 (Khamis) |
2. | 1 September 2024 (Ahad) |
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD FASA 3 2024
Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan tambahan STR yang berbeza dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENYALURAN |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM100 |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENYALURAN |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
Isi Rumah Tunggal | RM100 |
MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat bantuan tambahan STR dalam MyKad :
- Boleh digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia;
- Boleh menampung kos perbelanjaan bulanan rakyat;
- Dapat memenuhi keperluan asas rakyat;
- Had bantuan sehingga RM600 / RM1,200 setahun;
- Pembelian tanpa tunai (cashless) dengan MyKad.
CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara check status bantuan tambahan STR dalam MyKad fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari pautan laman rasmi ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Check Status’.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa – (contoh : 870230116787).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.