CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024 : SEMAK SEKARANG
Pada awal bulan September baru-baru ini kerajaan telah mula mengkreditan bantuan yang bernilai RM100 secara tanpa tunai melalui Mykad (kad pengenalan) khas untuk rakyat dewasa di Semenanjung Malaysia dan sebahagian penerima telah menggunakan bantuan tersebut.
Bagaimanakah check status penerima bantuan 100 mykad bulan September? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 SEPTEMBER : SEMAK STATUS SEKARANG
SENARAI MANFAAT PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024
Berikut merupakan antara manfaat yang diperoleh penerima daripada Bantuan MyKad :
- Dapat menampung kos perbelanjaan barang keperluan;
- Dapat memudahkan penerima membuat pembelian tanpa tunai;
- Meringankan bebanan kos sara hidup penerima;
- Menerima dan menggunakan bantuan secara selamat.
KEGUNAAN BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024
Penerima Bantuan RM100 dalam MyKad pada bulan September boleh menggunakannya untuk :
- Pembelian Barangan Dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
- Pembelian Barangan Keperluan Asas :
- Ubat gigi, sabun, shampoo serta ubat-ubatan.
- Pembelian Barang Persekolahan Anak :
- Alat tulis, kasut, baju seragam dan sebagainya.
HAD DAN TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024
Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan dalam Mykad pada bulan September atau mempunyai lebihan baki, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga pada tempoh 31 Disember 2024 dan mengcapai had bantuan iaitu sebanyak RM1,200.
SEKIRANYA PEMBELIAN MELEBIHI BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024
Bantuan akan dikreditkan sebanyak RM100 sahaja ke dalam Mykad dan penerima perlu membeli mengikut kadar bantuan. Sekiranya pembelian melebihi daripada baki dalam MyKad, penerima perlu membayarnya secara tunai.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan RM100 Mykad bagi bulan September seperti berikut :
- Sila layari pautan rasmi check status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Halaman check status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Mykad yang betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima bulan September akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.