SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Seramai lebih 8.5 juta nama penerima yang telah disahkan layak mendapat Bantuan Tunai di bawah program MySTR untuk fasa ketiga (3) tahun ini dengan kadar implikasi kewangan sebanyak RM1.7 billion yang merangkumi penerima berpendapatan rendah (B40) dan serdehana (M40).
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai mystr fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD SEPTEMBER : SEMAK SEKARANG
BILANGAN PENERIMA DAN JUMLAH IMPLIKASI BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Seperti yang diumumkan dalam siaran media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini bilangan penerima dan jumlah implikasi bagi fasa ketiga (3) adalah seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | JUMLAH IMPLIKASI KEWANGAN |
---|---|---|
Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah) | 3.0 juta | RM1.1 billion |
Isi Rumah Berpendapatan Serdehana (RM2,501 hingga RM5,000) | 1.0 juta | RM0.2 billion |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.2 juta | RM0.2 billion |
Bujang / Balu / Janda / Duda Tiada Anak | 3.3 juta | RM0.2 billion |
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Pelaksanaan Bantuan Tunai MySTR bagi fasa tiga (3) adalah secara berperingkat yang dibahagikan kepada dua jenis penerima iaitu penerima sedia ada dan penerima baharu, seperti jadual berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 29 Ogos 2024 hingga 06 September 2024 |
Penerima Baharu | 18 September 2024 hingga 20 September 2024 |
KADAR SUMBANGAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Hanya penerima sedia ada sahaja dimaklumkan kadar Bantuan Tunai MySTR yang disumbangkan bagi fasa ketiga (3), iaitu sebanyak :
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah) | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM350. 3 – 4 anak : RM500. 5 ke atas : RM650. |
Isi Rumah Berpendapatan Serdehana (RM2,501 hingga RM5,000) | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM200. 3 – 4 anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang / Balu / Janda / Duda Tiada Anak | RM50 |
PORTAL RASMI SEMAKAN MYSTR FASA 3 2024
Untuk mengetahui nama penerima fasa tiga (3) yang layak, semakan hanya boleh dibuat pada Portal Rasmi MySTR seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MySTR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Tunai MySTR Fasa tiga (3) seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau klik pautan di atas.
- Pada halaman utama MySTR, sila masukkan nombor kad pengenalan dengan betul tanpa (-) contoh : 870230084567.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.