CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG
Inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu bantuan tunai yang disalurkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memudahkan Kerajaan mengesahkan penerima yang layak menerima bantuan ini.
Bagaimanakah check status penerima bantuan dalam ic 100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM1200 : MOHON SEKARANG
APA ITU BANTUAN DALAM IC
Bantuan yang disalurkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima adalah Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai yang terpilih dengan bantuan ini.
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM IC 100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan cara menggunakan bantuan dalam IC setiap bulan :
- Sila kunjungi kedai yang terpilih (Rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barangan yang diluluskan (Barangan keperluan asas yang terlibat akan dilabel untuk rujukan penerima).
- Tunjukan MyKad anda kepada juruwang untuk disemak status penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar menggunakan Mykad (Masukkan 6 digit PIN MyKad anda di kaunter bayaran).
- Simpan resit untuk rujukan baki.
Nota : Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN DALAM IC 100 SETIAP BULAN 2024
Penerima yang layak akan menerima Bantuan dalam IC bermula pada 22 Januari, 1 Februari, 1 Mac, 1 April, 1 Mei, 1 Jun, 1 Julai, 1 Ogos, 1 September, 1 Oktober, 1 November, dan 1 Disember 2024. Penggunaan bantuan ini adalah sah sehingga 31 Disember 2024.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 100 SETIAP BULAN 2024
Untuk check status, boleh disemak melalui dua (2) Portal rasmi seperti berikut :
- CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.