SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bantuan yang bernilai sehingga RM600 bagi fasa 1 iaitu gabungan antara dua (2) bantuan Sumbangan Asas Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah disalurkan kepada penerima yang berdaftar dengan e-Kasih berstatus miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 FASA 1 : SEMAK SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM500 2024

Pemberian bantuan e-Kasih yang bernilai sehingga RM600 adalah khas untuk yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

JUMLAH BANTUAN EKASIH

Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan bagi fasa 1 2024 seperti di bawah :

JENIS BANTUANJUMLAH
BANTUAN
Sumbangan Asas RahmahRM100
Sumbangan Tunai RahmahRM500
Jumlah =RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH RM500 2024

Pembayaran bantuan e-Kasih bagi fasa 1 adalah seperti tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH
BAYARAN
Sumbangan Asas Rahmah22/01/2024 (Isnin)
Sumbangan Tunai Rahmah29/01/2024 – 02/02/2024

CARA PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH RM500

Pengkreditan bantuan adalah berbeza mengikut jenis bantuan yang disalurkan seperti berikut :

  1. Sumbangan Asas Rahmah :
    • Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan (Januari – Disember 2024) untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
  2. Sumbangan Tunai Rahmah :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berfasa selama (1) tahun.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2024

Ikuti cara semakan bantuan e-Kasih RM500 di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan MYSARA dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • SARA :
  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment