CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : SEMAK SEKARANG
Lanjutan daripada Program Bantuan SARA yang disalurkan kepada 8.7 juta penerima STR, namun hanya 3.5 juta sahaja penerima yang terpilih layak untuk menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) bernilai sebanyak RM300.
Bagaimanakah check status penerima bantuan sara one off rm300 terbaru? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR TERBARU RM450 FASA 4 : CHECK PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF
Bantuan SARA atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan melalui pelbagai cara iaitu secara ansur setiap bulan, ansur dua kali setahun dan secara one-off (sekaligus).
Penyaluran Bantuan SARA secara one-off ini adalah khas kepada penerima STR yang belum atau tidak layak menerima Bantuan SARA secara ansur setiap bulan yang merupakan penerima bukan berstatus miskin dan miskin tegar.
BAGAIMANAKAH BANTUAN SARA ONE OFF RM300 DISALURKAN 2024
Tidak seperti penyaluran Bantuan SARA setiap bulan yang disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima, penyaluran Bantuan SARA secara one-off adalah melalui kaedah seperti berikut :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang :
- Tiada maklumat perbankan; atau
- Status ‘Gagal Kredit’.
BILAKAH BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 DISALURKAN
Tarikh penyaluran Bantuan SARA secara one-off telah diumumkan secara rasmi iaitu akan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan secara berperingkat dikreditkan ke dalam akaun bank penerima dengan kadar sehingga RM300 (mengikut kelayakan).
- 9 Disember 2024 (Isnin) : Penyaluran Bantuan SARA one-off.
- 1 Disember 2024 (Ahad) : Penyaluran Bantuan SARA setiap bulan (bagi bulan terakhir).
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Hanya penerima yang memenuhi syarat berikut layak untuk menerima Bantuan SARA bernilai RM300 secara one-off , antara syarat kelayakan adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima STR 2024 berstatus Isi Rumah;
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM5,000 dan ke bawah;
- Tiada dalam rekod pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Untuk mengetahui status kelayakan yang lebih tepat sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off yang bernilai RM300, ikuti cara check status di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan makluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.