SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG
Terdapat tiga (3) jenis pelaksanaan Bantuan SARA iaitu secara ansur setiap bulan, ansur dua (2) kali setahun dan secara sekaligus (one-off) yang mana ketiga-tiga jenis pelaksanaan adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara one off rm150 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU : SEMAK SEKARANG
JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Berikut merupakan jadual pelaksanaan Bantuan SARA pada tahun 2024 :
JENIS PELAKSANAAN | TARIKH DILAKSANAKAN | STATUS PELAKSANAAN |
---|---|---|
Secara One-off | 9 Disember 2024 | Bakal dilaksanakan |
JUMLAH PENERIMA & KADAR IMPLIKASI BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024
Pelaksanaan Bantuan SARA secara one-off yang terbaru akan melibatkan kadar implikasi seperti berikut :
JUMLAH PENERIMA | AMAUN BANTUAN SARA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
4.5 juta | RM150 setiap seorang | RM0.7 billion |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024
Seramai 4.5 juta penerima yang disahkan layak adalah bergantung kepada syarat kelayakan Bantuan SARA RM150 one-off seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 berstatus bujang dan warga emas;
- Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun dan 60 tahun ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Tiada dalam rekod pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang terpilih sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off bernilai RM150, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Paparan skrin akan dibawa ke bahagian utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 980230115678.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik [Semak].
- Sekiranya ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan mengikut seperti yang telah didaftarkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Bahagian Profile pemohon akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA)‘ akan dipaparkan ‘LULUS‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Mohon bantuan sangt2, tolong lah,,asalamualaikum,
Mohon bantuan sangt2,