DAFTAR BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025 : CARA REGISTER ONLINE
Untuk meringanan bebanan rakyat, Bantuan MyKasih akan disalurkan setiap bulan sehingga ke bulan Disember 2025, dengan kadar antara RM50 sehingga RM100 kepada penerima yang melepasi permohonan dan pendaftaran.
Bagaimanakah cara daftar bantuan mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA ONE OFF (RM300/RM150)
APA ITU BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Bantuan MyKasih adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan yang diberi nama sebagai Sumbangan Asas Rahmah yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas dengan menampung kos pembelian barang keperluan asas rakyat yang berpendapatan rendah.
Setiap bulan, Bantuan MyKasih akan disalurkan dengan nilai RM50 hingga RM100 melalui akaun yang dibuka dengan nombor kad pengenalan yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025
Penyaluran Bantuan MyKasih setiap bulan adalah mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
- Disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025) :
- Penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar.
- Disalurkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025) :
- Penerima berstatus Bukan Miskin.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
DAFTAR BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025
Untuk menerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan, pemohon perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.