SEMAK BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Seperti yang dijanjikan dalam pembentangan Belanjawan tahun 2024 yang lalu, inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disahkan status melalui cara bayaran yang berbeza.
Bagaimanakah semak bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF (RM300/RM150)
SEMAK BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Ikuti panduan semakan bayaran SARA one-off di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
CARA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Sebelum ini bayaran SARA adalah secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun. Kini, khas untuk penerima yang terbaru akan menerima bayaran SARA secara one-off (sekaligus) melalui pengkreditan tunai kepada penerima berikut :
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran penerima.
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Berstatus ‘Gagal Kredit’ :
- Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran penerima.
JADUAL BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bermula 9 Disember 2024, bagi penerima yang tiada akaun atau status ‘Gagal Kredit’ boleh mula menuntut bayaran SARA secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat. Manakala penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bantuan dikreditkan ke dalam akaun mengikut masa berikut :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | MASA BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
KADAR BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Bukan kesemua 8 juta penerima yang akan menerima bayaran SARA dengan kadar yang sama kerana ia akan dibayar mengikut kelayakan penerima terbahagi kepada dua (2) golongan iaitu isi rumah dan juga bujang, seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM300 | 3.5 juta |
BUJANG | RM150 | 4.5 juta |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Terima