E KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

E KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

E-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia di peringkat nasional untuk membantu, merancang, melaksana dan memantau kadar kemiskinan di Negara Malaysia. Secara ringkasnya bantuan eKasih RM1,200 ini adalah untuk miskin dan miskin tegar yang layak.

Bagaimanakah e kasih semakan status bantuan rm1200? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK : SEMAK SEKARANG

APA ITU E KASIH

Ia merupakan sebuah sistem pengakalan data keluarga / individu miskin / miskin tegar di Malaysia. Melalui data daripada e-Kasih dan silang data dari penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seramai 700,000 penerima yang layak menerima bantuan tunai tambahan sebanyak RM1,200 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

APA ITU BANTUAN RM1200 2024

Bantuan RM1,200 adalah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini adalah khas untuk membeli keperluan asas dapur dan membuat pembayaran hanya dengan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) di kedai-kedai atau pasaraya yang berdaftar seluruh Malaysia.

KAEDAH PELAKSAAN E KASIH BANTUAN RM1200 2024

Seramai 700,000 penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200. Bantuan ini akan dibayar melalui MyKad penerima secara ansur setiap bulan bernilai RM100 selama tempoh 12 bulan.

TUJUAN SISTEM E KASIH

Melalui komponen sistem data ini, pengakses boleh :

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online.
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan.
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

E KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 2024

Anda boleh membuat semakan status Bantuan RM1,200 pada Portal Rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi eKasih dan MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasihdi sini : https://www.mykasih.com.my/ atau di Portal eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx?fbclid=IwAR0E4eXV0PCtbjGMqiSraZHaSfZD9h3LQcsldOrylqy-e2ANfocgSaOYogU. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment