KKM JAWATAN KOSONG 2023 : PERMOHONAN (4,914 JAWATAN TETAP)
Berita terkini, Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan.
Kekosongan Jawatan KKM ini terdiri daripada 4,263 Jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian (335) dan Pegawai farmasi (316).
“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” kata Menteri KKM dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023.
Apakah jawatan kosong kkm 2023? Bagaimanakah cara permohonan jawatan tetap kkm? Pemohon yang berminat boleh lihat maklumat lanjut di sini.
KKM JAWATAN KOSONG 2023
SENARAI KERJA KOSONG KKM 2023
SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN TETAP KKM 2023 | BILANGAN KEKOSONGAN |
Jawatan Pegawai Perubatan UD43 | 4263 |
Jawatan Pegawai Pergigian UF41 | 335 |
Jawatan Pegawai Farmasi UG41 | 316 |
TARIKH PERMOHONAN KERJA KOSONG KKM 2023
Permohonan akan dibuka pada 6 Januari 2023 hingga 21 Januari 2023.
JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERUBATAN UD43 2023
Pemohon yang berminat boleh semak Maklumat Syarat Lantikan / Gaji / Senarai Tugas di pautan berikut : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-perubatan-gred-ud41.
JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERGIGIAN UG41 2023
Pemohon yang berminat boleh semak Maklumat Syarat Lantikan / Gaji / Senarai Tugas di pautan berikut : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-pergigian-gred-ug41.
JAWATAN KOSONG PEGAWAI FARMASI UF41 2023
Pemohon yang berminat boleh semak Maklumat Syarat Lantikan / Gaji / Senarai Tugas di pautan berikut : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-farmasi-gred-uf41.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG KKM 2023
Kepada pemohon yang berkelayakan, anda boleh memohon kerja kosong KKM 2023 ini di pautan yang kami sediakan di bawah.
PERKARA | PAUTAN |
Permohonan Jawatan Kosong KKM 2023 | https://spa9.spa.gov.my/login |
CARA PENDAFTARAN PERTAMA KALI SPA9
- Sila tekan pautan pendaftaran SPA9 di sini : https://spa9.spa.gov.my/register.
- Paparan skrin menunjukkan Daftar Akaun Baru.
- Sila isikan maklumat-maklumat yang diperlukan di bawah untuk mendaftar SPA9 :
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Kata Laluan
- Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)
- Persetujuan
- Tekan “Daftar”.
- Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama pengguna dengan mengikut langkah di bawah ini.
CARA LOGIN SPA9 PERTAMA KALI
- Tekan pautan Log Masuk SPA9 di sini : https://spa9.spa.gov.my/login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Kata Laluan.
- Tekan “Log Masuk”.
- Berjaya Login, sila isi Butiran/Maklumat yang diminta.
- Maklumat telah diisi, boleh mula mohon Kerja Kosong KKM 2023.
- Selesai.
Pemohon boleh lakukan permohonan secara online sahaja di Portal Rasmi SPA9. Untuk panduan lengkap cara memohon di sini.
Perubatan UD43, Pergigian UG41 & Farmasi UF41.
Baca juga :