JAWATAN KOSONG PTD 2023 : PERMOHONAN
PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM INTAN 2024/2025.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian / Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jumlah Kekosongan : 120 Kekosongan Jawatan.
Simpanan : 30 Jawatan.
Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2023
Jadual Gaji :
| GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN | 
| RM2,422.00 | RM9,631.00 | RM225.00 | 
Baca juga : e PENGAMBILAN PDRM : CARA ISI & PERMOHONAN JAWATAN POLIS TERKINI
SYARAT LANTIKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk mohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik :
- Calon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
 - Memiliki Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 - Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 - Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 - Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
 - Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
 - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
DESKRIPTI TUGAS PTD
Tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian/online melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG PTD
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD ATAU PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK SECARA ONLINE DI PORTAL RASMI.
- Sila klik pautan rasmi Permohonan Online PTD di sini : https://spa9.spa.gov.my/login.
 - Anda akan dibawa ke Halaman Utama [Log Masuk Pemohon].
 - Pengguna yang telah berdaftar boleh terus tekan butang [Log Masuk].
 - Pengguna yang belum berdaftar, sila buat [Pendaftaran Pengguna] terlebih dahulu.
 - Isi [Maklumat Pemohon /Peribadi] dengan lengkap.
 - Masukkan [Maklumat Kelayakan Akademik] yang terkini.
 - Sila pilih [Jawatan] yang ingin dimohon.
 - Buat [Perakuan Pengesahan] maklumat yang diberikan.
 - Tekan butang [Hantar] borang permohonan yang sudah lengkap diisi.
 - Selesai.
 
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan anda boleh hubungi pihak yang bertanggunjawab di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan calon-calon yang ingin memohon jawatan ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Nombor telefon : +603 8091 9000