e PENGAMBILAN PDRM 2024 : CARA ISI & PERMOHONAN JAWATAN POLIS TERKINI

e PENGAMBILAN PDRM 2024 : CARA ISI & PERMOHONAN JAWATAN POLIS TERKINI

Untuk makluman anda semua, sekiranya terdapat anak atau kenalan rapat anda, berminat untuk menjadi anggota Polis, terdapat pengambilan jawatan untuk tahun 2024.

Permohonan jawatan Polis boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu e-Pengambilan PDRM.

Bagi pemohon pertama kali ingin memohon melalui e-pengambilan PDRM, anda dikehendaki daftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu serta isi segala butiran yang diminta dengan lengkap dan benar.

Bagaimanakah cara isi & permohonan di e pengambilan PDRM 2024? Info lanjut lihat di sini.

CARA PERMOHONAN E PENGAMBILAN PDRM

Untuk makluman kepada pemohon pertama kali, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum lakukan permohonan menggunakan pautan yang disediakan di bawah ini :

Pendaftaran Pengguna Baru e Pengambilan PDRM : Pendaftaran Baru

  1. Klik pautan Pendaftaran Baru di atas.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

Pastikan pemohon mengisi maklumat yang diminta dengan tepat dan lengkap.

Setelah mendaftar di dalam portal e-pengambilan, berikut adalah langkah-langkah untuk memohon jawatan yang dibuka.

CARA ISI E PENGAMBILAN PDRM

CARA ISI & PERMOHONAN E PENGAMBILAN PDRM 2024.

  1. Pergi ke pautan rasmi Permohonan Jawatan Polis di sini : PERMOHONAN JAWATAN POLIS.

  2. Sila ke bahagian Log Masuk.

  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan pemohon.

  4. Klik butang Log Masuk.

  5. Klik pada menu Permohonan Baru.

  6. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.

  7. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.

  8. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

  9. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.

  10. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini.

    Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.

  11. Klik pada butang Serah Borang untuk hantar permohonan.

  12. Selesai.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN JAWATAN KOSONG POLIS

Sebarang kekosongan jawatan Polis yang ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.

Anda boleh rujuk cara semak di bawah :

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak.
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Baca juga :

Leave a Comment