JAWATAN KOSONG TERKINI IKM : INSTITUT KEMAHIRAN MARA
TERKINI : Institut Kemahiran Mara (IKM) ingin mempelawa calon-calon yang merupakan Warganegara Malaysia dan mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berintegriti, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Juruteknik Komputer dan Pemandu Kenderaan secara Kontrak.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI MIROS : INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI IKM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IKM |
---|
4 JANUARI 2024 (KHAMIS) |
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN IKM
BIL. | JAWATAN | GRED | TARAF JAWATAN |
---|---|---|---|
1. | JURUTEKNIK KOMPUTER | FT19 | KONTRAK |
2. | PEMANDU KENDERAAN | H11 | KONTRAK |
JADUAL GAJI IKM
JAWATAN | KUMPULAN PERKHIDMATAN | JADUAL GAJI |
---|---|---|
JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 | PELAKSANA (SISTEM MAKLUMAT) | Minimum : RM1,377.00 Maksimum : RM4,052.00 |
PEMANDU KENDERAAN H11 | PELAKSANA (KEMAHIRAN) | Lesen D : RM1,264.15 E/E1/E2 : RM1,310.30 F/H : RM1,356.45 G/I : RM1,402.60 |
SYARAT LANTIKAN WAJIB
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Memiliki Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- (Gaji Permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,377.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji Permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji Permulaan Gred FT19 : RM1,493.24); atau
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN PEMANDU KENDERAAN H11
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Memiliki Sijil Pentaksiran Tingkat Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Memiliki Sijil Pentaksiran Tingkat Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)); atau
- Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV kelas E); dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang meliputi oleh skim perkhidmatan ini.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI IKM
Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas, boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah berikut :
- Sila kemukakan dokumen dan salinan-salinan yang diperlukan seperti berikut :
- Maklumat Diri / Resume terkini;
- Dua (2) keping gambar berukuran passport;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan Sijil Akademi; dan
- Sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
- Tulis perkataan jawatan yang anda pilih di bahagian atas sebelah kanan sampul; Contoh : JURUTEKNIK KOMPUTER (FT19) atau PEMANDU KENDERAAN (H11).
- Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah berikut :
ALAMAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG IKM |
---|
PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU, JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH, 80990, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM. |
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan anda kerana pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jawatan kosong tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Rujuk Portal Rasmi Institut Kemahiran Mara di sini : https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/institusi-pendidikan-tvet/institusi-kemahiran-mara-ikm/.