JOBMATCHING MOHE GOV MY 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN JOBMATCHING@GREAT SISTEM PEMADANAN PEKERJAAN GRADUAN DENGAN ORGANISASI BERSESUAIAN

JOBMATCHING MOHE GOV MY 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN JOBMATCHING@GREAT SISTEM PEMADANAN PEKERJAAN GRADUAN DENGAN ORGANISASI BERSESUAIAN

Untuk makluman majikan atau organisasi yang sedang mencari pekerja yang telah tamat pengajian atau sedang menganggur, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan satu laman web yang dikenali sebagai JOBMATCHING@GREaT.

Untuk pengetahuan anda, JOBMATCHING@GREaT adalah satu inisiatif dari pihak KPT bagi melaksanakan padanan permintaan dan penawaran pekerjaan menggunakan teknologi yang terkini.

Tujuan platform ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan pihak industri menjejak atau mencari graduan untuk menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian untuk tujuan meningkatkan kebolehpasaran dan memperkukuhkan ekonomi negara.

Platform ini berfungsi dengan melaksanakan pemadanan kekosongan jawatan di industri dengan data graduan di dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) secara automatik mengikut kriteria yang ditetapkan.

Baca juga : SPA9 LOGIN : CARA MOHON SPA9 & SEMAKAN

KELAYAKAN ORGANISASI

Berikut adalah Kelayakan Organisasi JOBMATCHING MOHE GOV MY :

  1. Industri
  2. Agensi Persekutuan Negeri

CARA PENDAFTARAN JOBMATCHING MOHE

PANDUAN LENGKAP CARA PENDAFTARAN/PERMOHONAN JOBMATCHING.MOHE.GOV.MY/JOBMATCHING@GREAT 2022 ONLINE ORGANISASI.

  1. Sila klik Link Rasmi Permohonan/Pendaftaran JOBMATCHING@GREaT di sini : PAUTAN PENDAFTARAN.

  2. Kemudian, klik [Pendaftaran].

  3. Pastikan Organisasi yang ingin membuat Pendaftaran/Permohonan membaca terlebih dahulu Keterangan Pendaftaran.

  4. Sila muat turun dan isi Borang Akuan Permohonan kerana anda perlu memuat naik borang tersebut di halaman Maklumat Pegawai Bertanggungjawab di Bahagian B. Sila pastikan Borang Akuan Permohonan yang dimuat naik menggunakan format pdf.

  5. Klik [Seterusnya] setelah Borang Akuan Permohonan lengkap diisi.

  6. Anda akan di bawah ke Laman PENDAFTARAN.

  7. Bahagian A (Maklumat Industri): Klik [Kategori Organisasi] dropdown dan pilih kategori organisasi yang sesuai dengan anda. Sistem akan memaparkan maklumat yang perlu dilengkapkan. Contoh, kategori organisasi yang dipilih adalah Industri.

  8. Di bahagian Maklumat Organisasi, sila pilih Kategori Organisasi [Industri/Agensi Persekutuan/Negeri].

  9. Klik [Seterusnya].

  10. Bahagian A (Maklumat Industri): Semua medan di dalam borang ini wajib diisi selain daripada No.Telefon Industri, Emel Industri dan Laman Sesawang Industri.

  11. Klik butang [Seterusnya] setelah selesai mengisi borang.

  12. Bahagian B (Maklumat Pegawai Bertanggungjawab): Semua medan dalam borang ini wajib diisi.

  13. Tanda Saya bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas.

  14. Klik butang [Daftar] setelah selesai mengisi borang. Sekiranya anda ingin membatalkan pendaftaran, klik butang [Batal Pendaftaran].

  15. Anda akan kembali ke laman utama setelah pendaftaran berjaya dilakukan.

  16. Bagi tujuan pengesahan, satu alamat e-mel yang aktif dan sah perlu dimasukkan. Sistem akan menghantar satu e-mel yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan setelah mendapat pengesahan daripada pihak KPT.

  17. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan juga pertanyaan, pihak anda boleh berhubung terus di Whatsapp : 017-5660050 atau Emel ke : [email protected].

1 thought on “JOBMATCHING MOHE GOV MY 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN JOBMATCHING@GREAT SISTEM PEMADANAN PEKERJAAN GRADUAN DENGAN ORGANISASI BERSESUAIAN”

  1. I absolutely adore your post, and without exception, I diligently implement each of its recommendations every time there’s a new one. Not only that, but I enthusiastically repost it on all my social media platforms, and my audience always show their support by liking and engaging with it. Continue the fantastic work and informative posts coming! By the way, I read an interesting piece from sites.google.com/view/career-shift/makethfate on how to make money online after being made laidoff, and I would like to share my own experience how I have managed to overcome my money problems in 2 weeks with this 3 pronged effective strategy and guidance that didn’t cost me single cent!

    Reply

Leave a Comment