TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG
Pembayaran Bantuan MySTR bagi fasa yang keempat (4) adalah bermula pada 07 November 2024. Setiap kategori penerima sedia ada mahupun penerima baharu juga akan menerima bayaran fasa keempat (4) dengan kadar antara RM100 sehingga RM2,500.
Bagaimanakah semak tarikh bayaran bantuan mystr fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BERITA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : JUMLAH & KADAR RASMI
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Bayaran Bantuan MySTR adalah sama seperti yang telah dijadualkan Kementerian Kewangan (MOF) iaitu secara ansur berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan dan bayaran bagi fasa keempat (4) adalah pada tarikh :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Pembayaran Bantuan MySTR Fasa 4 | Pada 07 November 2024 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Kaedah pembayaran Bantuan Tunai MySTR fasa keempat (4) juga sama seperti pembayaran fasa satu (1), dua (2) dan tiga (3) iaitu melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan :
- Mengikut akaun yang didaftarkan dan aktif.
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
- Status bayaran “Gagal Kredit”; atau
- Penerima tiada maklumat perbankan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Penerima sedia ada (isi rumah B40, isi rumah M40, warga emas dan bujang) akan menerima jumlah bayaran Bantuan MySTR bagi fasa keempat (4) yang berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200. 1-2 anak : RM350. 3-4 anak : RM500. 5 ke atas : RM650. |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM150. 1-2 anak : RM200. 3-4 anak : RM250. 5 ke atas : RM350. |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM100 |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan MySTR fasa 4, semakan boleh dibuat pada pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/str.