BANTUAN 1200 MYKAD 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Kesinambungan Bantuan Dalam MyKad pada tahun 2025 telah dipersetujui oleh Kerajaan kerana dengan kemudahan bantuan tersebut telah dapat membantu rakyat pada tahun 2024 serta telah diterima baik oleh penerima sebelum ini.
Bagaimanakah semak penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 : BUJANG/ WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40
PENGENALAN BANTUAN 1200 MYKAD 2025
Bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan Madani adalah di bawah program MyKasih yang dikhaskan untuk penerima Miskin dan Miskin Tegar untuk menampung kos perbelanjaan barang keperluan.
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tunai sebanyak RM1,200 secara ansur selama 12 bulan dan penerima perlu berbelanja secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan MyKad di mana-mana kedai terpilih berhampiran.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bilangan penerima Bantuan Dalam MyKad akan bertambahan kepada seramai lebih 5.4 juta berbanding 0.7 juta sebelum ini.
TAHUN PENYALURAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2024 | 0.7 juta penerima |
2025 | 5.4 juta penerima |
KEGUNAAN BANTUAN 1200 MYKAD
Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk pembelian barangan seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD
Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKad yang ditetapkan pada tahun 2024 :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat atau menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Berkahwin atau bujang atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa (mengikut negeri);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
*Kelayakan untuk tahun 2025 akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.