KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2025 : UPDATE MAKLUMAT TERKINI

KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2025 : UPDATE MAKLUMAT TERKINI

Portal Rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2025 kini telah dibuka untuk pemohon sedia ada melakukan pengemaskinian maklumat yang terkini sekiranya terdapat perubahan atau pertambahan data bagi mengelakkan sebarang maklumat yang tercicir.

Bagaimanakah cara kemaskini maklumat bantuan mystr terkini? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA ONE  OFF RM300 : CHECK PENERIMA SEKARANG

TARIKH KEMASKINI BANTUAN MYSTR

Berikut merupakan tarikh yang dibuka untuk membuat kemaskini maklumat permohonan MySTR :

TARIKH
KEMASKINI DIBUKA
TARIKH
KEMASKINI DITUTUP
19 Oktober 202430 November 2024
*Nota : Tarikh di atas adalah untuk penerimaan bagi fasa pertama (1).

KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2025

Berikut merupakan cara kemaskini maklumat terkini Bantuan MySTR :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR 2025

Antara syarat kelayakan utama pemohon Bantuan MySTR adalah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Isi Rumah :
    • Kahwin; atau
    • Ibubapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Warga Emas :
    • Bujang / ibubapa tunggal;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan;
  • Bujang :
    • Belum berkahwin / Balu / Janda / Duda tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

KADAR AMAUN BANTUAN MYSTR 2025

Berikut merupakan kadar amaun Bantuan MySTR yang akan diberikan pada tahun 2025 :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR AMAUN
BANTUAN MYSTR 2025
Isi Rumah Pendapatan
bawah RM2,500
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR AMAUN
BANTUAN MYSTR 2025
Bujang umur
60 tahun dan ke atas
RM600
Bujang umur
21 hingga 59 tahun
RM600

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment