TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK SEKARANG

TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK SEKARANG

Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara one-off (sekaligus) untuk 8 juta rakyat dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini.

Bilakah tarikh rasmi bayaran sara one off rm300 terbaru 2024? Semak info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS CHECK (BANTUAN SARA RM1200)

TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 TELAH DIUMUMKAN

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), tarikh rasmi bayaran SARA secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF
9 DISEMBER 2024, ISNIN

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024

Kaedah pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah penerima boleh mengambil wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan ke dalam akaun bank penerima (mengikut jenis penerima).

PENERIMA ADA
AKAUN BANK
PENERIMA TIADA
AKAUN BANK
Dikreditkan ke dalam akaun
bank penerima mengikut
nombor akaun yang
didaftarkan
Diberikan secara tunai di
kaunter mana-mana
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) berhampiran

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF TERBARU 2024

Tidak semua penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) berjumlah RM300, namun Bantuan SARA akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan setiap kategori penerima.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
BILANGAN
PENERIMA
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM300 setiap
ketua isi rumah
3.5 juta
BUJANG
(Belia / Warga Emas)
RM150 setiap
individu
4.5 juta

SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA yang akan diterima secara one-off (sekaligus) ikuti cara semakan di bawah :

PERKARAPAUTAN
Portal Semakan Rasmi
Bantuan SARA one-off
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Semakan Rasmi Bantuan SARA one-off di atas.
  2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan makluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Frasa keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

2 thoughts on “TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK SEKARANG”

  1. Baru-baru ni saya ada buat semakan kelayakan untuk bantuan tambahan SARA adalah LULUS. Tetapi kenapa sekarang ni statusnya sudah berubah kepada DALAM PROSES SEMAKAN. kenapa?

    Reply

Leave a Comment