PENDAFTARAN EKASIH 2024

PENDAFTARAN EKASIH 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Di bawah pengkalan data e-Kasih terdapat data gologan miskin dan miskin tegar yang disahkan layak menerima pelbagai bantuan tunai oleh Kerajaan dan mana-mana agensi yang ingin menyalurkan bantuan. Justeru, sekiranya rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah mendaftar dengan e-Kasih.

Bagaimanakah pendaftaran ekasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN EKASIH

E-Kasih bukan sebuah program bantuan Kerajaan tetapi adalah sebuah pengkalan data di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ianya ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih golongan yang betul-betul layak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan seperti poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Ianya mengandungi data mengenai isi rumah kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa. Data ini akan digunakan kementerian/ agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan. Ianya juga menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk pendaftaran e-Kasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar; dan
  • Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.

PENDAFTARAN EKASIH 2024

Bagi yang melepasi syarat kelayakan di atas bolehlah membuat pendaftaran e-Kasih. Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :

  • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
  • Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  • Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

TALIAN PENDAFTARAN EKASIH

Untuk memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai nombor telefon PPN bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

PROSES PENDAFTARAN EKASIH

Untuk mengetahui info lanjut berkaitan proses pendaftaran e-Kasih, boleh rujuk pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://www.icu.gov.my/?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s02.

Related Post

21 thoughts on “PENDAFTARAN EKASIH 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG”
    1. Kan jadi saya email [email protected] maklum beritahu mmg dah Daftar dalam I Sejahtera pun tiada rekod dalam eKasih. Pernah terima bantuan sekali (sebulan saja). 😅 😂 Orang lain setiap bulan selama 6x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *